About This Blog

Thursday, December 29, 2011

semangatnya dia nak ke tadika..

ptg smlm walaupun hujan kami tetap g jaya jusco..khaira org paling happy la sebab dia mmg suka jalan..tapi bila dah sampai jj kdg2 tu dia mintak dukung bg alasan letih la apa la..tu yg buat kami geram jer nengok perangainya...hehehe...
tujuan utama nak p jj pun sebab nak buat sticker nama dia kan..so itu la tempat yg dituju..dah tempah sticker nama dia kami teringat pulak nak tempah sticker nama untuk sepupu dia jugak..so buat jugak la..pagi tadi aku gigih g pej pos kat utp ni pos sticker tu...hahahaha....
dah jalan2 kat jj tu dia ternampak la buku...so apa lagi permintaan dia kena la tunaikan...kalau tak dia muncung jer dan tak nak berjalan..tapi kat jj tak byk pilihan buku2 latihan..so,ambil jer buku latihan yg biasa dia buat jer..itu pun jenuh mencari..khaira ni suka belek2 buku..huhuhu...pastu dia nampak pulak warna pensel...ayahnya muka mula dah boring dan macam nak marah bila khaira nak warna..alasan khaira nak warna, dia cakap dia nak warna yg banyak macam kakak.aku tahu dia nak warna yg ada 24,36 batang tu...byk pilihan warna..huhuhu..tapi nasib la khaira ni mahu dimakan pujuk.macam2 alasan aku bg tak boleh pakai warna macam tu...yer la,aku tak nak manjakan dia dgn warna yg begitu byk sekali..lagi pun dia baru nak tadika jer...belum sekolah rendah lagi..itu pun khaira dah demand tak nak pensel warna pendek sbb dia ckp cepat habis...huhuhu.... so,smlm beli pensel warna yg 12 btg saiz panjang..amik brand unicorn jer.murah sikit.tak amik brand faber castle atau steadler sbb kat rumah pun byk brand tu..itu pun en suami muka macam tak puas hati aku p beli jugak...huhuhu....nasib aku kerja ada la duit nak belikan peralatan sekolah dia..huhuhu...tak per yg penting khaira happy sangat malam td..
pagi tadi celik jer mata dia bgn pagi dia request nak bawak beg sekolah baru dan peralatan sekolah dia dan buku smlm yg dibeli..dia cakap nak tunjuk mak..so,aku bg la..tapi untuk sehari jer hari ini..lain kali bawak beg sekolah yg lama..huhuhu...aku tahu mesti khaira nak tunjuk sticker yg dia tampal semalam pd peralatan sekolah dia...khaira2..dia ni suka bercerita tau hal apa2 yg berlaku atau brg yg baru dia beli...budak ni tak leh simpan rahsia....smgt betul dia tadi bila sampai umah mak nya...huhuhu...
itu lah khaira...ibu harap khaira rajin nak ke tadika nanti..rajin belajar macam sekarang jugak...sayang sangat kat dia...

2 comments:

  1. semoga khaira jd anak yg rajin t ble dh msk tadika ye..ngaji pandai2x khaira....

    ReplyDelete