About This Blog

Thursday, January 12, 2012

apa cerita cikgu??

lama tak update blog pasal citer khaira kat sekolah....huhuhu..lately ni aku sibuk sebab aku jaga exam dan student sibuk pulangkan komponen..nak update blog pun tak aman...huhuhu..
dah 6 hari khaira ke sekolah...khaira tak menangis pun bila kesekolah..cuma...masalah dia adalah susah nak  bangun pagi..itu jer...sekarang ni kena kejutkan dia..kalau tak kejutkan dia mmg boleh tido sampai pukul 8 pagi.huhuhu...selalunya khaira tido pukul 10.30 mlm..walaupun ajak masuk bilik pukul 9.50 mlm tapi dia still tido dalam kol 10.30 macam tu..macam2 drama la sblm nak bg dia lena..ajak sembang,lepak,baca buku cerita dan macam2 la..yg pasti mesti nak ayah baring sekali...hehehehe......
masa nak bangun tu mood mmg masam jer..tapi bila dah mandi pakai baju dan tudung dia ok..masuk kereta,turun kereta semua sendiri..masuk kelas pun ok...alhamdulillah tak byk ragam..
bila tnya seronok sekolah tak?dia akan jawab seronok..nama kawan baru tahu 2 org jer..namanya yana dan wafi..yg lain2 tu dia gelar kakak dan abg..huhuhu...apa2 la khaira oi...hehehe...
pagi tadi masa sampai cikgu ummi dan cikgu liza sambut khaira..panggil nama khaira..."dah sampai pun budak yg pandai ni tapi romantik..."terus aku terkejut kejap..huhuhu..cikgu liza dan ummi bercerita la pasal khaira ni dikelas...khaira ni budaknya pandai..semua tahu kalau ditanya cuma dia slow lemah lembut...mewarna penuh sopan dan kalau buat kerja dia last sekali siap...huhuhu...alahai khaira...tak sangka dia leh jadi lemah lembut dan slow gitu...hhmmm...adakah sebab aku nasihat kat dia buat kerja slow2 yg penting cantik?hari tu aku pesan kat dia jangan meniru kawan..tanya cikgu kalau tak faham,jangan warna laju2 nanti tak cantik...buat elok2...adakah sebab itu khaira ni slow tapi hasilnya baik?hehehehe....
tak apa la...bg aku,aku dah gembira sebab cikgunya cakap khaira ni pandai menjawab apa semua cikgu di tanya walaupun dia romantik..may be dia pemalu lagi kot...huhuhu...
memang setiap hari hati ni risau dan asyik terpikirkan dia macam mana sikapnya di sekolah...alahai baru anak tadika...belum lagi sekolah rendah,menengah dan universiti...itu lah aku...ish2 banyak fikir...smlm tnya ayahnya macam mana perasaan ayah kalau khaira di tadika...ayahnya jawab rileks jer..tak de apa2...yg aku ni mengadu macam2 kata risau,sedih dan macam2...hahaha....
tak de gambar terbaru khaira pakai tudung berawning...huhuhu...nanti kita uplaod..dia nampak comel pakai tudung ada awning lagi..huhu....


0 comments:

Post a Comment